Utama > Foodies > ANEKA PILIHAN KEK DI GULA PETITE

ANEKA PILIHAN KEK DI GULA PETITE

Selepas setahun enam bulan kafe Gula Cakery beroperasi di Kota Kemuning, Shah Alam, kini perniagaan itu dikembangkan dengan pembukaan kafe kedua yang diberi nama Gula Petite.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Ia secara rasminya mula dibuka pada 30 April lalu di pusat beli-belah IOI City Mall Putrajaya. Acara pembukaan Gula Petite dirasmikan oleh Dato’ Husni Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU.

Menurut pemiliknya, Nor Arieni Adriena binti Mohd Ritzal, Gula Petite berkonsepkan kafe mini yang memberi fokus kepada jualan aneka jenis kek, sandwich dan hidangan minuman panas and sejuk.

“Menu kek di Gula Petite sama dengan di Gula Cakery, tetapi Gula Cakery juga menyediakan menu makanan panas seperti Nasi Tomato Ayam Merah, Creamy Carbonara dan Grilled Chiken Chop. Selain itu, Gula Cakery turut menyediaman kelas bakeri kanak-kanak dan dewasa.

“Kiranya, Gula Petite boleh dianggap sebagai mini Gula Cakery. Di kedua-dua Gula Petite dan Gula Cakery, kami sediakan lebih 13 jenis kek setiap hari. Dan untuk memberikan kepelbagaian pilihan buat pelanggan, kami akan menukar jenis kek setiap minggu,” katanya.

Antara kek yang menjadi pilihan utama pembeli ialah kek Pandan Gula Melaka, kek Double Chocolate Nutella, Pavlova dan Choux Pastries. Pada acara pembukaan Gula Petite itu, turut dilancarkan buka nota resipi istimewa yang turut memuatkan beberapa resipi menu ‘signature’ kafe itu.

“Buku nota itu tampil dengan lima warna di mana ia terdapat beberapa perkongsian resipi ‘signature’ serta kisah di sebalik setiap resipi yang dihasilkan.

“Menariknya, buku nota itu turut memuatkan foto-foto menu kami selain baucer diskaun untuk pembelian kek,” ujarnya.

Buku nota itu yang hanya didapati di kafe Gula (Petite dan Cakery) berharga RM85. Buat pembeli terawal, akan menerima harga promosi iaitu RM75.

Website: www.gulacakery.com
Facebook/ Instagram : Gula Cakery