Wednesday, January 17, 2018
Utama > Gaya Hidup > 7 TIP ELAK MENGANTUK KETIKA MEMANDU

7 TIP ELAK MENGANTUK KETIKA MEMANDU

1. Rancang perjalanan anda
Pilih waktu yg sedikit sejuk seperti selepas subuh atau petang. Suasana pagi yang sejuk dan daun menghijau disepanjang perjalanan baik untuk kesegaran mata. Terik mentari menyebabkan mata menjadi letih dan menjadikan kita lebih cepat mengantuk. Gabungan rasa sejuk penyaman udara bersama cahaya matahari diluar membuat mata lebih mudah terlelap.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


2. Rehat secukupnya sebelum memulakan pemanduan
Jangan terburu-buru untuk pulang ke kampong atau memulakan perjalan jauh. Ambil cuti lebih awal untuk merehatkan diri sebelum memulakan perjalanan agar badan terasa segar. Tidur secukupnya adalah satu perkara yang paling penting, selain itu pastikan anda tidak berada dalam keadaan stress ketika memandu.

3. Mengambil minuman isotonic atau kafein
Diakui badan akan terasa letih dan mata mula mengantuk apabila bendalir dalam badan berkurang. Air isotonic mampu mengembalikan elektrolit dalam badan. Kafein pula akan membantu menghilangkan rasa mengantuk. Namun begitu, kedua-dua minuman ini tidak bagus untuk diamalkan selalu.

4. Ajak Teman Bersembang
Dengan bersembang menjadikan otak kita sentiasa aktif. Otak yang pasif mengundang rasa mengantuk. Sekiranya tiada teman untuk bersembang, buka radio dan anda dibenarkan menyumbangkan mana-mana lagu tanpa segan silu.

5. Makan pisang dan kurma.
Pisang merupakan makanan yang tinggi kandungan potassium di mana ia mampu memberi tenaga dan kurma seperti yang kita sedia maklum, ia merupakan sumber tenaga segera yang sangat bagus untuk tubuh kita. Ada juga sesetengah orang lebih selesa mengunyah kuaci sewaktu menghadapi perjalanan jauh, namun mungkin ia akan mengganggu tumpuan anda ketika memandu.

6. Lakukan Sebarang Pergerakan Atau Aktiviti
Anda boleh cubit pipi, peha, pinggang anda jika mengantuk. Anda juga boleh melakukan tapping atas ubun-ubun antara aktiviti yang mampu menyegarkan kembali. namun jangan lakukan aktiviti yang boleh menyebabkan anda terleka, cukuplah lakukan perkara-perkara yang ringan sahaja. Jika tidak berkesan, sila berhenti sebentar dikawasan rehat dan ambil masa untuk tidur sebentar.

7. Elak daripada mengambil diet yang berat
Daripada aspek fasiologi badan kita, selepas makan gula yang meningkat di dalam darah akan mengurangkan edaran darah ke otak dan meningkatkan edaran darah ke perut dan usus. Ini akan membuatkan kita berasa mengantuk. Untuk mengelakkannya, kita perlu mengambil diet yang tinggi dengan protein dan kurang karbohidrat dan lemak pada hari perjalanan. Kita juga digalakkan makan secara teratur kerana paras gula yang rendah juga akan mengakibatkan badan kita lemah dan mengantuk.