Utama > Santai > 5 SEBAB KENAPA MAJIKAN DIBENCI STAFF!

5 SEBAB KENAPA MAJIKAN DIBENCI STAFF!

Dalam dunia pekerja, majikan yang baik dibezakan dari majikan yang tidak baik melalui cara majikan tersebut menilai dan melayan para pekerja. Mereka juga menilai majikan berdasarkan sumbangan majikan tersebut dalam sesuatu projek bersama atau ‘team work’ yang dilaksanakan di organisasi tersebut.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Kenapa Pekerja Bergosip?

Pekerja banyak bertolak ansur dengan tingkah laku buruk majikan. Banyak juga majikan tidak terlatih, tidak peduli, dan tidak bertanggungjawab atas tindakan dan interaksi mereka dengan pekerja.
Amalan pengurusan yang tidak cekap serta sikap-sikap negatif lain seperti berat sebelah, berlagak, tidak mesra dan lain-lain sering menyebabkan tercetusnya gosip di pejabat (workplace gossip).
Gosip di tempat kerja merupakan salah satu faktor utama pekerja tidak berpuas hati dengan kerja mereka. Ia sebagai saluran pekerja melepaskan perasaan tidak puas hati, geram atau kecewa dengan pihak pengurusan mahupun majikan
Antara isu-isu yang menjadi bahan gosip di kalangan pekerja adalah:

1. Majikan yang Cetek Ilmu
Sekiranya majikan seorang yang tidak munasabah, mementingkan diri sendiri, manipulasi, monopoli atau kurang pengetahuan tentang perkara atau pekerjaan yang diuruskan, jangan harapkan mereka dapat penghormatan daripada para pekerja.

Dunia pekerjaan kini ramai dihuni oleh individu-individu yang bekerja semata-mata kerana upah gaji, dan bukan kerana mereka benar-benar sukakan pekerjaan tersebut. Keadaan menjadi lebih teruk apabila golongan sebegini yang dilantik menjadi ketua atau dinaikkan pangkat.

Benar, majikan bukan Tuhan yang tahu segala-galanya, namun beri masa pada diri menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan penguasaan sesuatu skil agar anda tidak kelihatan bodoh dimata staff bawahan, jika tidak ia pasti akan menjadi perkara utama dalam perbualan antara pekerja.

2. Majikan berat sebelah
Sikap ini yang paling dibenci pekerja dan majikan seperti inilah yang sering diperkatakan pekerja. Ada majikan merasa mereka telah melakukan yang terbaik, tetapi mereka melakukan atau memberi layanan terbaik hanya kepada pekerja pilihan mereka.

Ada pekerja yang prestasinya sangat bagus, berdisiplin namun sedikit pendiam tetapi aktif melibatkan diri untuk kemajuan organisasi tetapi tidak menerima layanan sewajarnya daripada majikan hanya kerana beliau kekurangan skil komunikasi.

Majikan yang paling teruk apabila menilai pekerja menerusi rupa, penampilan serta kepetahan mereka memuji dan memberi kata-kata manis kepada majikan. Pekerja tidak akan bergosip tentang majikan sekiranya majikan tersebut seorang yang adil dan baik hati.

3. Tidak Tahu Apa yang dia Lakukan

Majikan yang menjadi bahan gosip ialah majikan yang tidak tahu apa yang dilakukan dan paling teruk apabila majikan tersalah memberi maklumat/arahan, kemudian berbohong dan lebih buruk lagi menyalahkan pekerja untuk menutup kesalahan yang telah dilakukan.

4. Tidak menghormati pekerja

Seorang majikan telah mencederakan perasaan pekerja apabila berkelakuan seperti raja atau diktator, mahu pekerja menghormati dan melayan majikan dengan baik, namun pekerja tidak menerima perkara yang sama daripada majikan.

Apabila majikan memperkecilkan idea-idea pekerja, mengabaikan pandangan mereka, dan mengkritik mereka secara tidak adil, mereka berasa tidak dihormati.

5. Staff bukan robot

Meminta pekerja untuk bekerja lebih masa dan memberikan kerja lebih daripada yang mampu dihadapi pekerja akan menyebabkan pekerja tertekan sekali gus hilang rasa hormat terhadap majikan.

Letakkan diri majikan di tempat pekerja dan majikan akan faham apa yang dirasakan pekerja. Elakkan daripada membuat pekerja merasa bersalah, membantah apa yang mereka perlu lakukan atau mempertikai keperluan mereka terhadap sesuatu perkara (cuti, cuti kecemasan, peralatan pejabat, ruang kerja yang selesa dan lain-lain)