Utama > Hiburan > Filem & Drama > 5.2 JUTA PENONTON MENONTON ABPHBH 30

5.2 JUTA PENONTON MENONTON ABPHBH 30

Anugerah Bintang Popular BH 3.0 (ABPBH 30) membuktikan bahawa Fattah Amin sememangnya ialah ‘Bintang Paling Popular’ di Malaysia, apabila aktor kegemaran ramai ini berjaya meraih Anugerah Bintang Paling Popular pada Ahad lepas. Fattah turut memenangi kategori Pelakon TV Popular dan dua lagi kategori online iaitu Artis Sensasi dan Gandingan Serasi Dalam Drama bersama Neelofa.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Disiarkan secara langsung di TV3 pada 14 Mei yang lepas, malam kemuncak ABPBH 30 yang bertemakan ‘futuristik’ ini telah mencecah jumlah penonton tertinggi (peak) sebanyak 5.2 juta (12.9 TVR) dengan purata 2.7 juta penonton atau 46.3% syer penonton ketika tayangan ABPBH secara langsung di TV3 bermula dari jam 9.00 malam hingga 12.00 tengah malam (sumber: Nielsen Audience Measurement).

Acara Karpet Merah ABPBH3.0 yang disiarkan secara langsung di TV9 dari jam 8.30 malam hingga 9.00 malam pula berjaya meraih jumlah penonton tertinggi (peak) sebanyak 1.5 juta (3.7 TVR) dengan purata 800, 000 penonton atau 12.7% syer penonton (sumber: Nielsen Audience Measurement).

Selain menonton secara langsung di TV3, keseluruhan acara yang bermula dengan Karpet Merah ini dapat ditonton di laman web rasmi ABPBH 30 iaitu (www.abpbh.com.my) dan juga melalui strim secara langsung definisi tinggi di www.tonton.com.my.

ABPBH 3.0

Rekod juga menunjukkan lebih 42,000 penonton telah menyaksikan ABPBH 30 secara online di laman web rasmi manakala tontonan di laman web tonton yang berdefinisi tinggi pula sebanyak 66,000 penonton dari seluruh dunia. Sementara itu, siaran langsung di laman Facebook tonton pula seramai 46,000 penonton.

Di laman sosial Twitter pula, #abpbh30 merupakan topik perbualan seluruh Malaysia sehingga berjaya menjadi trending nombor satu! ABPBH 30 turut menampilkan Fauziah Ahmad Daud, Faizal Ismail dan Zulin Aziz sebagai hos untuk malam anugerah, manakala Karpet Merah Pop TV pula dikendalikan oleh Nana Mahazan dan Nabil Mahir.

FOTO: www.abpbh.com.my