Wednesday, January 17, 2018
Utama > Hiburan > Filem & Drama > 4 HARI DITAYANGKAN, FILEM TOMBIRUO : PENUNGGU RIMBA CATAT KUTIPAN LEBIH 2 JUTA

4 HARI DITAYANGKAN, FILEM TOMBIRUO : PENUNGGU RIMBA CATAT KUTIPAN LEBIH 2 JUTA

Filem Tombiruo : Penunggu Rimba yang diadaptasi dari karya novelis thriller nombor satu di Malaysia, Ramlee Awang Murshid telah pun menemui penonton bermula 12 Oktober lalu. Meskipun filem ini baru 4 hari ditayangkan di pawagam, namun ia telah berjaya meraih kutipan lebih RM 2 juta.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Menakjubkan, negeri Sabah turut menyumbangkan kutipan tertinggi untuk filem ini. Filem bergenre aksi drama ini ditayangkan di 115 pawagam seluruh Malaysia termasuk Brunei dan Singapura.

Rata-rata penonton yang telah menyaksikan filem ini memberikan respon positif menerusi perkongsian di laman sosial. Malah filem ini berada di tangga ke dua untuk carta filem GSC (Golden Screen Cinema) dan sekaligus mengetepikan filem-filem luar negara seperti The Foreigner, Blade Runner 2049 dan Kingsman: The Golden Circle.

Selain itu, video Tayangan Perdana filem Tombiruo : Penunggu Rimba juga mendapat perhatian orang di luar sana apabila video berdurasi 25 minit ini berada di nombor 6 dalam kategori video tular di Youtube.

Barisan pelakon tanah air yang telah menjayakan filem ini adalah Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Farah Ahmad, Artu, Hasnul Rahmat, Michael Chen, Dato’ M Nasir, Datin Marlia Musa, Faye Khusyairi, Dynas Mokhtar dan adik Muhammad Al-Rayyan. Mereka juga akan menemui penonton di sebalah selatan bagi sesi jelajah filem ini selama 3 hari bermula 20 sehingga 22 Oktober ini.

Mewakili pihak penerbit filem, Eksekutif Produser Layar Sunan dan Penulis novel Tombiruo: Penunggu Rimba, Ramlee Awang Murshid memberitahu bahawa,

“Alhamdulillah, dalam keadaan kutipan industri filem tempatan yang agak kurang menentu sekarang ini, karya Tombiruo : Penunggu Rimba dilihat diterima oleh kebanyakan penonton.

“Kami amat menghargai sokongan penonton serta komen-komen yang dikongsi. Saya mewakili pihak penerbit berharap penonton yang telah menonton filem ini akan mengajak rakan-rakan serta keluarga untuk menyaksikan filem ini di pawagam. Tambahan pula minggu ini telah bermula cuti sekolah dan cuti umum bakal tiba Rabu ini.”

Tombiruo : Penunggu Rimba memaparkan kisah Ejim digelar sebagai Tombiruo kerana dianggap sebagai penunggu rimba. Lelaki yang sentiasa bertopeng ini disisihkan oleh penduduk kerana memiliki wajah bukan manusia. Apabila satu insiden yang tragis berlaku pada Tombiruo, ia telah menimbulkan kemarahannya dan dendam. Sementara itu, Amiruddin menganggap Tombiruo sebagai punca keperitan hidup keluarganya dan mula menjejaknya. Pergelutan diantara mereka berlaku demi menegakkan kebenaran masing-masing. Saksikan filem Tombiruo di pawagam di seluruh negara.