Utama > Santai > Hari ini? > 3 Februari 1998 – SETEM MEMPERINGATI PRINCESS DIANA MULA DIJUAL

3 Februari 1998 – SETEM MEMPERINGATI PRINCESS DIANA MULA DIJUAL

Setem memperingati Diana, Princess of Wales mula dijual di Britain sempena memperingati kematian beliau.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Diana yang dilahirkan pada 1 Julai 1961 merupakan isteri pertama kepada Charles, Prince of Wales yang merupakan anak sulung dan pewaris Ratu Elizabeth II.

Dilahirkan dalam keluarga bangsawan British dengan keturunan diraja dan merupakan anak ke-4 John Spencer dan Frances Roche. Beliau dibesarkan di Park House, yang terletak di Estet Sandringham, dan mendapat pendidikan awal di England dan Switzerland. Selepas ayahnya mewarisi gelaran Earl Spencer, dia juga mendapat gelaran Lady Diana Spencer.

Koleksi setem Diana, Princess of Wales.

Perkahwinannya dengan Prince of Wales pada 29 Julai 1981 telah mencapai 750 juta orang penonton televisyen di seluruh dunia. Sepanjang perkahwinan, beliau telah mendapat gelaran Princess of Wales, Duchess of Cornwall, Duchess of Rothesay, dan Countess of Chester. Perkahwinan tersebut juga telah melahirkan dua orang putera iaitu William dan Harry.

Diana kekal sebagai tumpuan media seluruh dunia semasa dan selepas perkahwinan beliau yang berakhir dengan perceraian pada 28 Ogos 1996. Malah majlis perkabungan dan pengebumian beliau yang mati akibat kemalangan kereta di Paris pada 31 Ogos 1997 juga telah mendapat liputan media yang meluas.