Utama > Santai > Hari ini? > 27 Februari 1974 – MAJALAH “PEOPLE” MEMULAKAN PENERBITAN

27 Februari 1974 – MAJALAH “PEOPLE” MEMULAKAN PENERBITAN

Majalah People telah memulakan operasi penerbitan mereka yang pertama pada 27 Februari 1974. Manakala pada tanggal 4 Mac 1974, majalah mereka telah mula didapati di kedai pada harga 35 sen.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Terbitan 20 April 2014, yang meniru semula reka bentuk kulit hadapan majalah People edisi pertama dengan menampilkan Taylor Swift.

Konsep majalah People diilhamkan oleh Andrew Heiskell, Ketua Pegawai Eksekut.if Time Inc. pada ketika itu dan juga merupakan bekas pengarang majalah Life.

Kini majalah People ialah majalah mingguan di Amerika Syarikat yang menyajikan cerita selebriti dengan jumlah pembaca seramai 46.6 juta orang.

Pada tahun 2011, majalah People memperoleh pendapatan melalui pengiklanan dengan nilai $997,000,000. Malah majalah People juga pernah mendapat anugerah “Majalah Terbaik Tahunan” daripada Advertising Age pada bulan Oktober 2005 kerana kejayaan mereka dalam editorial, pengedaran dan pengiklanan.

Puteri Diana pernah menjadi penghias muka hadapan majalah “People” sebanyak 85 kali.

Laman sesawang People iaitu people.com yang mempunyai fokus cerita yang sama seperti majalah mereka juga telah memecahkan rekod jumlah pelawat iaitu sebanyak 72 juta pelawat unik pada bulan Februari 2015.

*Bagaimana pula dengan majalah di Malaysia seperti Mastika dan URTV? Hmmmm..