Wednesday, January 17, 2018
Utama > Santai > Hari ini? > 24 Mac 1913 – PASUKAN BOLA SEPAK BELANDA PERTAMA KALI TEWASKAN ENGLAND

24 Mac 1913 – PASUKAN BOLA SEPAK BELANDA PERTAMA KALI TEWASKAN ENGLAND

Pasukan bola sepak Belanda mencipta sejarah pasukan mereka apabila menang buat pertama kali ke atas pasukan England pada 24 Mac 1913.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Huug de Groot.

Perlawanan yang diadakan di Den Haag, Belanda itu berakhir dengan keputusan 2-1. Malah kekalahan pasukan England itu hanya disebabkan jaringan seorang pemain bernama Henri Franciscus “Huug” de Groot yang telah menjaringkan kedua-dua gol untuk pasukan Belanda tersebut.

Pasukan bola sepak Belanda – Skuad Olimpik 1912.

Huug de Groot juga merupakan seorang pemain bola sepak amatur untuk pasukan Sparta Rotterdam dan pernah membawa pasukan bola sepak Belanda untuk memenangi pingat gangsa pada Sukan Olimpik Sweden 1912.