Wednesday, January 17, 2018
Utama > Santai > Hari ini? > 23 Mac 1999 – LAGU “LIVIN’ LA VIDA LOCA” DITERBITKAN

23 Mac 1999 – LAGU “LIVIN’ LA VIDA LOCA” DITERBITKAN

“Livin’ la Vida Loca” ialah lagu yang dinyanyikan penyanyi Puerto Rico iaitu Ricky Martin. Ia diterbitkan pada 23 Mac 1999 menerusi album Bahasa Inggeris pertama Ricky Martin. Lagu yang dicipta oleh Desmond Child dan Draco Rosa itu juga berjaya menduduki takhta carta lagu pada tahun 1999.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


“La Vida Loca” yang bermaksud “Kehidupan Yang Gila” itu telah mencetuskan revolusi muzik Pop Latin. Sebelum itu kebanyakan rakyat Amerika tidak begitu mengenali Ricky Martin sehingga beliau membuat persembahan pada Anugerah Grammy ke-41. Malah lagu “Livin’ la Vida Loca” juga telah terjual sebanyak 8 juta salinan, dan menjadikan ia single paling banyak terjual.

Lagu tersebut juga berjaya dicalonkan dalam Anugerah Grammy. Malah pada tahun 2007, lagu tersebut telah menduduki carta ke-28 dalam senarai 100 Lagu Terbaik 90an oleh VH1.