Utama > Santai > Hari ini? > 2 Februari 1964 – G.I. JOE DIPERKENALKAN SEBAGAI MAINAN PALING POPULAR AMERIKA

2 Februari 1964 – G.I. JOE DIPERKENALKAN SEBAGAI MAINAN PALING POPULAR AMERIKA

G.I. Joe ialah mainan yang dimiliki oleh syarikat Hasbro. Penawaran produk awal mainan tersebut diwakili oleh empat cabang tentera Amerika Syarikat iaitu US Army, US Navy, Air Force, Marine Corps dan seterusnya Jururawat. G.I. ialah istilah generik untuk tentera Amerika Syarikat. Pembangunan G.I. Joe juga telah membawa kepada istilah “figura aksi” (action figure). Selain itu, G.I. Joe juga telah menjadi ikon dikalangan kanak-kanak Amerika.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Pada tahun 2003, G.I. Joe telah diserapkan ke dalam National Toy Hall of Fame di The Strong, New York iaitu sebuah muzium untuk permainan.

Selain permainan “figura aksi”, G.I. Joe juga kini telah membuat penampilan di dalam komik, siri kartun, filem dan permainan video.

Komik G.I. Joe.
Siri Kartun G.I. Joe.
Filem G.I. Joe.
Permainan video G.I. Joe.