Wednesday, January 17, 2018
Utama > Santai > Hari ini? > 19 Mac 1971 – UNIVERSITI PULAU PINANG DITUKAR KEPADA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

19 Mac 1971 – UNIVERSITI PULAU PINANG DITUKAR KEPADA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Pada 19 Mac 1971, telah dibangkitkan di dalam Parlimen mengenai penukaran nama Universiti Pulau Pinang kepada Universiti Sains Malaysia. Perkara tersebut dibangkitkan ketika perbahasan mengenai Akta Pelajaran Tinggi.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Sejarah awal penubuhan Universiti Pulau Pinang bermula pada tahun 1963, iaitu pada 8 April 1963, satu rombongan dari Universiti Malaya yang diketuai oleh Naib Canselornya Dato’ Sir Alexander Oppenheim telah memilih kawasan seluas 600 ekar untuk dijadikan tapak universiti tersebut.

Penukaran nama kepada Universti Sains Malaysia (USM) dapat memberi penumpuan yang lebih nyata kepada peranan kepimpinan yang dimainkan oleh universiti tersebut.

Oleh itu, parlimen telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengkaji mengenai proses penukaran nama tersebut. Seterusnya kabinet telah membincangkan mengenai nama-nama yang sesuai untuk menggantikan nama yang sedia ada dan akhirnya keputusan dibuat untuk memilih nama Universiti Sains Malaysia.

Sehingga kini Universiti Sains Malaysia (USM) telah berjaya melahirkan ramai graduan yang diharap dapat berbakti kepada bangsa dan negara.

sumber: arkib.gov.my