Utama > Santai > Hari ini? > 17 Februari 2012 – ARTIFAK SUKAN OLIMPIK DICURI

17 Februari 2012 – ARTIFAK SUKAN OLIMPIK DICURI

Antara 60 hingga 70 artifak Sukan Olimpik purba dicuri oleh pencuri yang memecah masuk ke Muzium Arkeologi Olympia di Greece.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Pencuri yang bersenjata tersebut, dilaporkan telah memecah masuk Muzium Sejarah Sukan Olimpik di Antiquity pada jam 7.30 pagi. Mereka mengugut seorang pekerja wanita muzium tersebut untuk menyerahkan beberapa barangan. Oleh kerana pekerja tersebut enggan mengikut arahan, tangan dia telah diikat dan mulutnya disumbat.

Datuk Bandar Olympia berkata, salah seorang daripada pencuri tersebut memilili senjata api. Mereka memecah masuk muzium ketika waktu pertukaran syif, setelah merosakkan sistem penggera. Menurut beliau lagi, kebanyakan barangan di muzium tersebut diperbuat daripada gangsa dan tanah liat mempunyai harga yang tidak ternilai.