Utama > Santai > Hari ini? > 13 Mac 1973 – KELAHIRAN LAGENDA BERKACA MATA

13 Mac 1973 – KELAHIRAN LAGENDA BERKACA MATA

Edgar Steven Davids merupakan bekas pemain bola sepak profesional Belanda. Memulakan kerjaya bola sepak bersama pasukan Ajax, beliau berjaya memenangi beberapa kejuaraan domestik dan antarabangsa.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Kemudian beliau berhijrah ke Itali untuk bermain bersama pasukan Milan sebelum berhijrah ke pasukan Juventus. Ketika bermain untuk Juventus, beliau dipinjamkan ke pasukan Barcelona pada tahun 2004. Beliau juga bermain untuk Inter Milan dan Tottenham Hotspur sebelum kembali ke Ajax.

Setelah bergelut dengan kecederaan selama dua tahun, Davids kembali ke kancah bola sepak bersama pasukan Cystal Palace sebelum bersara pada usia 37 tahun. Pada tahun 2012, beliau telah dilantik sebagai pemain dan pengurus untuk pasukan Barnet sebelum akhirnya meletak jawatan sebagai pengurus pada Januari 2014.

Beliau juga telah melakukan 74 penampilan antarbangsa dan menjaringkan 6 gol untuk pasukan Belanda. Walaupun tiada piala yang dimenangi bersama pasukan kebangsaan tetapi beliau telah mewakil pasukan Belanda pada Piala Dunia FIFA (sekali) dan Kejohanan Eropah UEFA (tiga kali).

Penampilan fesyen rambut Dreadlocked dan berkaca mata membuatkan beliau sering menjadi tumpuan di atas padang. Davids juga pernah digelar sebagai “The Pitbull” oleh Louis van Gaal kerana kebolehan dan gaya terjahan keras semasa permainan.

Pada tahun 2004, beliau disenaraikan oleh lagenda bola sepak Brazil, Pelé dalam senarai 100 pemain bola sepak terbaik dunia.