Wednesday, January 17, 2018
Utama > Hiburan > 11 TAHUN MENANTI, DATUK SITI NURHALIZA KINI HAMIL 4 BULAN

11 TAHUN MENANTI, DATUK SITI NURHALIZA KINI HAMIL 4 BULAN

Setelah 11 tahun menanti, akhirnya penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza Tarudin kini disahkan hamil empat bulan cahaya mata sulung bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Gambar: Instagram @rozisangdewi

Berita gembira tersebut diumumkan secara ‘live’ menerusi akaun Instagram beliau @ctdk dan saluran youtube Siti Official Video pada hari Jumaat, 13 Oktober 2017 pada pukul 10 malam di kediaman beliau.

“Setelah melalui fasa dan tempoh tertentu, saya dan suami mencapai kata sepakat untuk mengumumkan kepada anda semua bahawa saya sedang hamil empat bulan.

Gambar: Instagram @ctdk

“Alhamdulillah, tiada kata yang dapat menggambarkan rasa syukur dan gembiranya kerana allah memberikan kurniaan yang terlalu agung ini selepas 11 tahun kami bersabar. Inilah juga menjadi sebab utama kenapa saya memilih untuk berehat kerana kandungan dan bayi ini menjadi keutamaan saya.

“Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan saya dan suami dikurniakan cahaya mata selama ini. Saya menghargai setiap doa anda selama ini,” kata Siti Nurhaliza dalam video yang bersiaran secara langsung itu.

Gambar: Instagram @ctdk

Datuk Siti Nurhaliza telah bernikah dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006.

Pastinya berita ini bukan sahaja menggembirakan kedua pasangan ini dan keluarga malah peminat Datuk Siti Nurhaliza diluar sana.