Wednesday, January 17, 2018
Utama > Buletin > Acara > 11 BAND TERNAMA DI SOUNDVALLEY FESTIVAL 2017

11 BAND TERNAMA DI SOUNDVALLEY FESTIVAL 2017

Buat julung kalinya, suatu festival muzik yang luar biasa akan berlangsung selari dengan Pameran Permotoran Terbesar di Malaysia.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Gandingan Malaysia Autoshow 2017 bersama Festival SoundValley dijangka akan memberi nafas baru bagi peminat muzik dan permotoran, di bawah satu bumbung.

11 kumpulan muzik tempatan dan antarabangsa dari Malaysia, Indonesia, Jepun dan England bakal membuat persembahan di Festival SoundValley 2017. Festival sepanjang dua hari ini menawarkan kepelbagaian genre muzik kepada semua pengunjung.

Festival SoundValley dianjurkan oleh Malaysia Automotive Institute (MAI) dengan kerjasama RSVP Media Sdn Bhd, akan berlangsung pada 11 dan 12 November 2017, dari 2.30 petang. hingga 11:30 malam bertempat di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) bersempena Malaysia Autoshow 2017.

“Tahun ini, Malaysia Autoshow 2017 dijangka akan menarik lebih ramai pengunjung, dengan lebih banyak lagi tarikan. Penganjuran SoundValley Festival adalah tarikan baru selari dengan perkembangan Malaysia Autoshow”, kata Datuk Madani Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysia Automotive Institute (MAI).

Menurut beliau, Festival SoundValley dan Malaysia Autoshow 2017 menghimpunkan peminat muzik dan permotoran dalam acara yang penuh kemeriahan bagi semua pengunjung Malaysia Autoshow 2017.

Pengunjung Festival SoundValley akan menerima tiket percuma ke Malayia Autoshow 2017, sekaligus mendapat peluang untuk mengunjungi pameran automotif yang dianjurkan.

Pembeli tiket Festival SoundValley akan menikmati harga istimewa bermula 9 Okt sehingga 18 Okt 2017. Untuk maklumat lanjut mengenai Festival SoundValley Festival 2017 atau pembelian tiket secara online, layari https://airasiaredtix.com/sound_valley_festival_2017.

SOUNDVALLEY FESTIVAL 2017

Day 1
Tarikh : 11 Nov 2017 (Sabtu)
Masa : 3.30p.m. to 11.30p.m.
Tempat : Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS)
Artis: Block Party (England), Hujan (Malaysia), Barasuara (Indonesia), Bunkface (Malaysia) dan The Otherside Orchestra (Malaysia).

Day 2
Tarikh: 12 November 2017 (Ahad)
Masa : 3.30p.m. to 11.30p.m.
Tempat : Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS)
Artis: Loudness (Jepun), Wings (Malaysia), May (Malaysia), Metalasia (Malaysia), FiftyOne50 (Malaysia) dan Cassandra (Malaysia).